“life will be better in spring”
06/01/2011 - 07/01/2011 07/01/2011 - 08/01/2011 08/01/2011 - 09/01/2011 09/01/2011 - 10/01/2011 10/01/2011 - 11/01/2011 11/01/2011 - 12/01/2011 12/01/2011 - 01/01/2012 01/01/2012 - 02/01/2012 02/01/2012 - 03/01/2012 03/01/2012 - 04/01/2012 04/01/2012 - 05/01/2012 05/01/2012 - 06/01/2012 06/01/2012 - 07/01/2012 07/01/2012 - 08/01/2012 08/01/2012 - 09/01/2012 09/01/2012 - 10/01/2012 12/01/2012 - 01/01/2013 01/01/2013 - 02/01/2013 02/01/2013 - 03/01/2013 03/01/2013 - 04/01/2013 04/01/2013 - 05/01/2013 06/01/2013 - 07/01/2013 07/01/2013 - 08/01/2013 08/01/2013 - 09/01/2013 09/01/2013 - 10/01/2013

Abah Mama
27/04/2012 || 14:02

Assalamualaikum.


Sudah lama aku tidak menarikan tangan aku dalam tempoh yang lama di atas papan kekunci. Sebelum ini aku  update post yang pendek. Namun aku lebih gemar begitu. Pendek tapi bermakna. 
Kali ini , saya memilih untuk menulis sesuatu yang panjang sikit. Sesuatu yang sangat bermakna dalam hidup aku yang berkisarkan ibu bapa. 

Aku mempunyai 2 orang insan yang terhebat dipinjamkan oleh Ilahi . Kau katakan apa sahaja, aku tahu mereka yang terhebat. Celik dan pejam mata aku pasti mereka yang menjadi tatapan terawal dan terakhir aku ingatan terawal dan terakhir aku. 

Jujur, aku sentiasa berharap adik adik aku menjadi yang terbaik dalam kehidupan. Aku bukan anak yang boleh dijulang ke martabat tertinggi seorang anak. Aku sendiri mengusung kelemahan . Namun kelemahan aku  dilengkapi mereka . Mereka sentiasa menjadi cermin kepada aku untuk mengharungi aku.

Aku mungkin tidak dapat senyum kembali jika tiada mereka menangis bersama aku, aku mungkin tidak boleh bangun kembali jika mereka tidak jatuh bersama aku, aku mungkin tidak dapat ketawa jika mereka tidak menyambut air mata aku. 

Safiza Binti Saad dan Subri Bin Basiron. 

Nama itu meniti di bibir aku saban waktu. Dan pastinya sentiasa di dalam doa aku. Terima kasih abah mama :)

Thank you for reading this entry.

Till then.



Older Post . Newer Post
Kerana Di Dunia ini Ada Pasangannya
25/04/2012 || 22:15

Assalamualaikum.


Kenapa manusia sering mengatakan berdua lebih baik ?

Setiap di dunia pasti ada pasangannya 
Setiap di dunia pasti ada gandingannya
Setiap di dunia pasti ada lawannya
Setiap di dunia pasti ada saingannya
Setiap di dunia pasti ada gabungannya

Jelasnya , di dunia ini tiada yang sendiri .

Usah kau bilang kau seorang dan keseorangan 
Kerana Sang Pencipta sedia menemani :)




Older Post . Newer Post
21 April 2012
21/04/2012 || 21:04

Assalamualaikum.

Alhamdullilah Alhamdullilah Alhamdullilah .

Masih diberi kesempatan untuk memandang keyboard menarikan tangan di atasnya dan meluahkan apa yang dikandung hati . Anggota badan saling bekerjasama .

Keluarga ? Alhamdullilah , semuanya berada dalam keadaan baik baik sahaja . Setiap saat Kyra bersyukur saya dipinjamkan oleh Sang Pencipta anugerah terindah ini . Tidak mungkin saya boleh bernafas sebaik ini dan menjalani hari tanpa mereka . Keluarga sentiasa yang pertama . Kegembiraan dirai bersama , kesedihan diharungi bersama. Ada hari hari hati diduga dengan masalah yang timbul disebabkan ahli keluarga namun itu lumrah . Laut mana yang tiada ombak , langit mana yang tidak curahkan hujan . Kyra harungi dengan matang dan sentiasa mengharapkan kesabaran bersama diri ini. Alhamdulillah, abah selamat sampai dari tanah suci dari semalam lagi. Kesihatan abah dekat sana untuk menjalani ibadah umrah sihat dan diberi tenaga yang mencukupi tetapi sekarang keadaannya kurang sihat disebabkan berubahan cuaca. Melalui cerita orang yang teah menjalani ibadah umrah, demam dan batuk adalah perkara biasa kerana cuaca yang berbeza. Diharapkan abah sihat nanti. Amin.





Sahabat? Jauh di mata, dekat di hati. Setiap saat juga Kyra bersyukur kerana saya dipinjamkan oleh Allah insan insan yang bersama saya mengharungi hari hari. Kyra rasa Kyra tidak perlu menulis nama mereka di sini kerana sahabat sahabat Kyra tahu siapa mereka dan pastinya Kyra tahu siapa mereka. Terima kasih sahabat sahabat yang menjadi sumber kekuatan kepada Kyra terutama saat saat sukar dalam hidup ini.

Pelajaran? Alhamdullilah. Apa yang Kyra lakukan kini, pengajian di UiTM masih menjadi keutamaan keinginan dan kemahuan Kyra. Namun saya perlu perbaiki segalanya. Disiplin perlu diutamakan, masa perlu dimanfaatkan. Doakan untuk result final Kyra pada sem lepas pada 27 April 2012 ini. Kyra yakin Kyra boleh. Usaha, doa dan tawakal, InsyaAllah .

Persekitaran? Sulit untuk menterjemahkan dengan kata kata. Kyra melalui seribu macam perkara sejak beberapa bulan yang lepas sehingga ada waktu saya terduduk. Perangai manusia yang kadang kala sukar difahami . Hilang kepercayaan kepada manusia. Dan seribu satu lagi perkara yang menuntut Kyra tarik nafas dalam dalam . Kyra akur , dugaan yang Kyra terima itu perlu dilalui dengan sabar redha dan ikhlas . Pastinya, mengajar saya sesuatu .


Kisah hati? Biarlah ia menjadi sebuah cerita menarik untuk masa depan.

Ya Allah , terima kasih untuk kehidupan yang cukup berwarna yang kau pinjamkan kepada ku . Berkati perjalanan ku , pimpin aku ke jalan yang diredhai-Mu . Amin .

Thank you for reading this entry.

Till then.

Love,
Syakirah Ulala



Older Post . Newer Post
Keep Calm And Go!
18/04/2012 || 00:16

Assalamualikum.

Hai Superman and Superwomen sekali. Memangdangkan sudah lama Kyra tidak mengupdate blog so hari ni mahu ke tidak, blog harus diupdate and kena buat. dah termasuk list tau! Eh korg, apa cerita best sekarang? Cerita pasal PTPTN? -..- Kyra nafi memang penting pun PTPTN tu pada semua student tapi tak payah la kita nak masuk campur hal semua tu. Kalau betul betul niat nak belajar, nak seribu daya taknak seribu dalih. Okay, Back to topic guys! Actually hari ni nak cerita pasal hati? Yes, hati manusia zaman sekarang.

Hati manusia ni sebenarnya ada macam macam jenis. Ada yang jenis jujur. Okay, kalau betul betul jujur, alhamdulillah la sebab bukan senang kita nak jumpa hati manusia yang betul betul jujur. Ish, besar rahmat kalau jumpa. And satu lagi kalau ada hati yang jujur, sure ada orang yang tak pandai nak hargai, bukan nak cakap tak pandai tapi dorg lebih tak ambil serius dalam hal ni. Kesian kan dekat siapa siapa yang kena macam itu. Ish, marah ni marah ._. *sepak je muka siapa yang buat macam tu. Berani tak? Hahahahahahaha.



Paling tak best kalau dapat hati orang yang suka berdengki. Ya Allah, hanya tuhan je yang tahu betapa sakitnya hati kitakan? Hm, sakit sangat sangat. Takpe, doa orang yang terianaya sentiasa termakbul. Kyra pun tak faham la kenapa manusia mesti ada rasa dengki. Dengki dekat orang ni tak kemana pun. Buat la apa apa pun nanti benda yang sama jugak akan dapat. Bertambah dosa satu hal maybe kerja hidup dia makin tambah susah, hidup tambah masalah. Semua orang nak hidup happy so biar kita dapat happy yang kekal dari happy yang sementara. Please, hargai la hidup masing masing. Bukan susah pun, senang je sebenarnya tapi kita je yang taknak buatkan? Hm, susah kalau jadi macam ni. Eh, cuba happykan diri sendiri? korg mesti boleh? So, percaya diri sendiri! Ahahahahaha. *lompat sampai atas awan !

Please, semua jadi baik pada diri sendiri. Tak salah kalau kita happykan diri sendiri. Kalau sedih sedih setiap  hari pun tak best jugak. Okayy, nanti jumpa lagi good night and take care semua :)



Keep calm, keep silent, istighfar , and have a good day :)

p/s: Happy birthday to Pakcik Ghazhali bin Jahaya yang birthday ke-50. Semoga panjang umur dan sihat selalu and satu lagi esok abah nak balik dari umrah tapi dia transit dekat Pakistan dulu. Jalan jalan satu hari then hari Jumaat tengah hari Insyaallah akan sampai Malaysia. Doakan abah selamat sampai dalam keadaan sihat. Amin :-)


Thank you for reading this entry.


Till then.


Love, 
Syakirah Ulala



Older Post . Newer Post
Ten Things Can Make Me Cheer Up
13/04/2012 || 20:09

Assalamualaikum and Hello handsome boys and pretty girls !

The ten things can make me cheer up is: 

Maybe one day I will get it.


My favorite food when I was hungry.

And that's me, whether you like it or not. That's what I like ah kan! I'm sure some of you are having the same thing as mine yang buat korang happy right? Hmm Let's hoping and keep praying


Thank you for reading.


Till then.


Love, 
Syakirah Ulala.






Older Post . Newer Post
Diri Serta Merta Awesome Bila Ada Kawan Awesome
12/04/2012 || 17:01

Assalamualaikum.

Hai superb Handsome dan Cantik sekalian. *lambai lambai tangan* Again, kita jumpa lagi and again korg nampak Kyra sibuk sibuk tulis lagi cerita time time cuti macam ni. Again and again. Hehe. Sebenarnya Kyra nak post entry sejak 2 jam yang lalu , tapi Kyra bukak kedai kopi kat twitter buat aku distract beborak dengan awek awek gua a.k.a amazing people . Dan sebenarnya lagi belum habis tweet lagi tapi nampaknya twitter tidak mengizinkan dan aku dah kena limit. Agak frust sedikit di situ sebab banyak kali kena limit tak sedar sedar lagi. *sepak diri sendiri*.

Kawan? Mesti dah ramai kawan yang ada dalam dunia. Ish, mana taknya, kawan dari tadika sampai sekarang dah masuk universiti. So, tak kisah la kawan ada berapa juta dalam dunia ini and yang penting sure ramai sangat sangat dan tak terkira. Kalau jumpa pun sure ingat tak ingat tapi yang selalu jumpa tu kalau buat buat tak ingat memang mintak kaki la kan. Eh, lawak je awak. Haha. Tiba tiba rasa umur baru 15 sekarang. Banyak la kau punya tiba tiba, dah 19 okayy. Next year nak masuk zaman PULUHAN dah. I repeat, PULUHAN PULUHAN. Haha. 

Back back. Okayy, kalau kita kawan superb best dalam hidup kita sure kita rasa seronok nak kongsi cerita, sedih happy semua kan? Eh eh, nak cari, cari yang betul betul baik dengan kita. Susah nak jumpa sekarang. So, hargai kawan kawan yang ada dengan kita. Mereka adalah ada orang yang awesome sebab membuatkan hidup kita bertambah awesome!


Terima kasih Allah kerana bagi saya kawan baik yang sungguh awesome

I don't have to define the meaning of best friend , all I can do is just giving the evidence. 

Till then.

Love,
Syakirah Ulala.









Older Post . Newer Post
My Semester Break
09/04/2012 || 00:35

Assalamualaikum.

Hai semua. Semester break yang entah apa apa. Biasa la kalau cuti, bangun, mandi, makan, movie time, tengok tengok dah petang. Macam itu life Kyra bila cuti. Life orang yang tak ada plan cuti nak buat apa. Main redah je mana yang suka buat. Kalau orang ajak keluar jalan jalan follow ja. Ahh, sangat bosan en en? Orang lain kerja, ambil lesen but me? Hm *jangan merungut sangat* Sebelum abah pergi umrah, dia dah pesan yang kalau nak buat apa apa lepas ni tunggu abah balik dulu sebab senang abah nak ambil and hantar. Me: Saya dah besar la abah* muka merajuk*. Maybe abah ada reason sendiri kenapa dia bagitahu macam tu. Kayy Kayy takmau tanya banyak, macam mintak kaki pulak.

Bersyukur sebab setiap hari abah akan call ke Malaysia even abah jauh dekat sana. Kalau abah tak call mula la nak muncung mulut macam ikan todak sebab abah dah janji yang setiap hari dia akan call. Insyaallah. Alhamdulillah, kesihatan baik untuk melakukan di sana. Super duper happy sangat. Semakin hari semakin selalu minta yang bukan bukan sebab benda tu membuatkan kita teringat tentang masa dulu. Time sekolah rendah yang tak pandai uruskan diri sendiri but abah titew yang tolong buatkan semua tau. How's so sweet. Please be jealous to me. Hehe. Omeyy omeyy.


Bangunlah dan belajar berdiri dia atas tapak kaki sendiri untuk mendapat kejayaan itu sendiri.

Semester break ini juga Kyra rasa banyak mengajar tentang kehidupan di dunia jika tiada orang tersayang disisi. Abah pun jauh dan banyak benda Kyra kena manage masa macam barang dapur, benda yang sepatut Kyra buat setiap hari. Ianya membuatkan Kyra bertambah kuat untuk menjadi manusia di atas muka bumi ini. I love you abah. Thank you to brings me till now.

Thank you for reading this entry.

Till then.




Older Post . Newer Post
2 Things
06/04/2012 || 11:31

Assalamualaikum.

Hai semua. So, how about Friday? Hari penghulu segala hari. Good morning people. Have a nice Friday. Hehe. Mesti ramai yang baru bangun tidur, maklum la cuti, layan movie semuakan. Amboii, kemain lagi. Kyra faham kalau dah cuti memang rest sangat sangat sampai buat kerja apa pun tak bajet masa dah. Pagi pagi yang sejuk dan rasanya kalau oullss ada dalam selimut lagi, sure seronok tidur tapi Kyra rasa ini tanggungjawab yang perlu dilaksanakan pada pagi ini. Niat dihati nak buat dari semalam tapi asyik tersimpan dalam hati je.Okayy, straight to the point boleh tak Kyra? Orang lain baca pun pening kepala. Kayy. Kayy. My bad. *merajuk 2 saat*

2 things? Apa yang dah jadi? Sure ramai orang tertanya tanya. Firstly, Alhamdulillah, abah Kyra dah selamat berangkat pergi ke tanah suci untuk mengerjakan ibadah umrah. Sedih memang sedih tapi itu hajat abah pada tahun ini dan Kyra rasa bersyukur sebab Allah dah menjemput abah pergi sana. Tak sedih sebab abah pergi sana tapi siapa yang nak bagi Kyra senyum time pagi pagi bila bangun? Siapa yang nak gelak gelak kalau lepas dinner? Kayy kayy, tak nak ingat la semua tu yang penting abah selamat pergi dan balik sini. Insyaallah, abah akan pergi sana selamat 16 hari. ehem ehem, tak lama tu, pejam celik, pejam celik nanti balik la kan? hee .


Thanks Buu sebab bagi ini pada Pakcik Subri :)

Hal yang pertama semua orang sudah tahu, jom kita masuk hal kedua pulak. ehehehehe XD

Tak tahu nak mula dari mana sebenarnya. Firstly Kyra nak cakap sorry sebab lambatkan benda ini. Semalam birthday ShyShy Lullaby dan Happy Birthday to handsome 19teen boy. Whoaa, dah besar, dah tua. segala galanya dah. Haha. Mesti mama bangga anak dia dah tua. Hehe. Kyra tak tahu macam mana nak cakap tapi itu laa. Semoga panjang umur dan murah rezeki. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik. Semoga berjaya dalam kehidpan dan pada masa akan datang. Eh, banyak pulak perkataan "semoga". See, Kyra memang tak se-sweet orang lain tapi itu la yang kyra nak cakap. Hm, my badddd >.<


For him,
Actually, post ni nak di publish dari hari Khamis lagi tapi tak sempat dan asyik kena buat kerja. Maybe awak tak faham situation saya dan awak ingat saya nak sakit hati dan tidak hargai awak. Saya dah penat. One more things, sorry tak wish dekat wall awak sebab saya taknak wish, dan tak salah kalau kita guna cara lain untuk hargai orang yang kita sayang. So, harap harap awak faham apa yang saya sedang buat dan saya harap awak jaga hati saya. I love you.

Dua insan yang terpenting dalam hidup saya telah terjadi dua perkara besar pada tarikh yang sama. Kyra tak akan lupakan segala yang terjadi pada hari tersebut.

Thanks for reading this entry.

Till then.




Older Post . Newer Post
Hi April !
02/04/2012 || 15:32

Assalamualaikum.

Hai April. Hai friends. Hehe. Cepatnya masa berlalu. Dah bulan empat dah. Saya suka bulan 4 tahun 2012 berbanding dengan tahun 2011. 2012 saya dapat membuatkan orang tersenyum dan banyak benda yang mengajar saya untuk buka mata dengan hal dunia kita sekarang. Hal kehiudpan yang diuji dan diberikan kegembiraan. Please April, masa jangan cepat berlalu dengan tiada kenangan yang comel comel.

Dear April, please be nice to me this month. I love you. Alhamdulillah, tahun ini saya tak kena apa apa april fool. Kalau kena tu memang nak marah jugak la . K. K. Tak lawak ouslsss. 


Sekarang ramai yang ingat saya sekolah menengah lagi. Eyh. Eyh. I'm 19 years old okayy. Jangan cakap please sekolah menengah . kalau tak percaya see my I/C laa. Ada yang lagi teruk, kawan ibu cakap "awak dapat berapa upsr?" Ish, takkan sampai tahap baru darjah 6? Oh noooooo. Stop talk about my age.

See, sekarang dah ada dekat rumah. senang hati dapat balik rumah dengan selamat. Saya menghabiskan sisa sisa cuti ini tanpa plan nak kerja apa apa. See, budak ini memang mission dia nak tambah lemak je. Dah gemuk k. Hehe. Doakan terbaik untuk hari hari cuti saya akan datang . Aminn.

p/s: Thank you to ShyShy Lullaby yang teman saya sampai saya balik . Awak sabar tunggu walaupun boring. Haha. I gonna miss you and temple run. bhahaha.

Thank you for reading.

Till then.




Older Post . Newer Post