“life will be better in spring”
06/01/2011 - 07/01/2011 07/01/2011 - 08/01/2011 08/01/2011 - 09/01/2011 09/01/2011 - 10/01/2011 10/01/2011 - 11/01/2011 11/01/2011 - 12/01/2011 12/01/2011 - 01/01/2012 01/01/2012 - 02/01/2012 02/01/2012 - 03/01/2012 03/01/2012 - 04/01/2012 04/01/2012 - 05/01/2012 05/01/2012 - 06/01/2012 06/01/2012 - 07/01/2012 07/01/2012 - 08/01/2012 08/01/2012 - 09/01/2012 09/01/2012 - 10/01/2012 12/01/2012 - 01/01/2013 01/01/2013 - 02/01/2013 02/01/2013 - 03/01/2013 03/01/2013 - 04/01/2013 04/01/2013 - 05/01/2013 06/01/2013 - 07/01/2013 07/01/2013 - 08/01/2013 08/01/2013 - 09/01/2013 09/01/2013 - 10/01/2013

27/10/2011 || 23:19



setiap saat saya bernafas di atas muka bumi ini saya menghirupkan semua kejadian yang berlaku agar saya tidak menjadi manusia yang jalan mendongak dalam kehidupan.




Older Post . Newer Post
CARA CARA COVER MALU
24/10/2011 || 23:59


kalau tersepak batu: jangan terus bangun, sebaliknya korang baring da terus berguling guling hingga jauh dari pandangan orang lain. lepas itu baru bangun lepas orang tak ada.

kalau tersepak basikal: cepat cepat naik basikal korang semula dan jatuh lahh lagi sehingga berkali kali supaya orang ingat korang sedang buat lawak.

kalau jatuh tangga: terus bersilat seolah-olahkorang dirasuk atau sedang berlawan dengan hantu atau makhluk halus. hee.

kalau terjatuh dalam longkang: pungutlahh sampah yang ada dalam longkang itu sambil marah marah dengan suara yang kuat, pasti orang lain akan anggap korang seorang yang prihatin tetang kebersihan.

kalau jatuh ketika naik bas: jerit lahh kuat kuat "oi, apa main tolak tolak ni?! tak boleh sabar ke?" walaupun takde orang kat belakang.

kalau terjatuh di depan bus stop: terus buat buat pengsan sampai ada orang tolong korang. kalau takda jugak, baring lahh sampai malam sampai takda orang. tu lahh mse yang sesuai untuk korang bangun.

kalau jatuh tergelincir: tariklahh kawan kawan atau sesiapa yang berdekatan korang untuk jatuh bersama sama supaya takda lahh korang tanggung malu sorang sorang. *u jump, i jump. hee

#itu lahh angan angan aku dulu masa kecik. haha



Older Post . Newer Post
ABAH
22/10/2011 || 20:13

Assalamualaikum dan selamat petang semuaa.

sekarang cuaca tak menetu, kadang-kadang panas, kadang-kadang hujan tapi sekarang tengah hujan. hujan renyai renyai. wuaa!! kalau dapat tidur memang best time ni, tapi wahai cik syakirah, awak kan dah tidur petang tadi. haha. petang tadi redup redup then baring baring tetiba tidur terus. okayy, perlu ka cerita semua tu? korg macam mana? sihat? selsema? batuk takk? biasa lahh, cuaca tak menentu ni memang buat kita sakit tapi sakit tu ujian pada Allah. so, bersabarlahh. maybe ada lagi benda baik kita akan dapat.

entry kali ni aku nak ceritakan tentang abah aku. dia memang seorang yang hebat dan dia akan pastikan anak dia jadi lebih hebat dari dia. nama diberi SUBRI BIN BASIRON. nama itu takkan aku lupa dalam kamus hidup aku. dia lahh orang yang terpenting bagi aku. banyak jugak perangai aku datangnyaa dari perangai abah. abah seorang yang penyayang, sabar, tak pernah nak tinggi suara dekat aku, apatah lagi nak pukul aku. aku respect dia sebab apa yang aku nak sebelum ni, dia pastikan aku mesti dapat.  dia memang yang terhebat. pada masa sekarang memang aku memerlukan dia dan sangat sangat rindu kat dia.


[miracle]

abah.. dia seorang ayah yang baik. walaupun aku ni agak degil tapi dia tetap sabar untuk membesarkan aku sampai lahh sekarang kalau korg boleh tengok. susah senang untuk besarkan seorang ank bukannya mudah. bila aku duduk sorg sorg dekat kolej, aku selau terfikir, abah buat apa sekarang? makan tak lagi? sihat tak? kalau boleh setiap detik aku nak duduk dengan dia. dia membesarkan aku tanpa seorang isteri bersama dia. dia memang lelaki yang tabah la aku jumpa. sampai aku sakit pun dia sanggup dukung aku, hantar keluar masuk wad, berjaga malam teman aku, suap aku makan dan mandikan aku. aku sebagai anak perempuan serius malu tapi itu lahh abah. dia akan jaga anak dia sampai anak dia sihat untuk menjalankan aktiviti macam biasa :)

setiap kali abah outstation, abah mesti call. aku pun tak tawu lahh kenapa, sebab sejak aku masuk universiti ni, abah macam lagi caring dekat aku. terharu la jugak kan. hehe. abah suka belikan aku baju waalupun baju tu aku rasa macam tak kena taste aku tapi aku ambil dan pakai. bila aku sangat memerlukan baju, baju yang abah belikan tu lahh sngat berguna tau. hee. er, lagi satu, abah tak pernah putus putus doakan aku setiap masa. dia nak aku jadi yang terbaik. dia nak aku berjaya sampai ke menara gading. abag penah cakap dekat aku "abah takda harta nak bagi dekat yang tapi abah hanya mampu bagi yang ilmu bekalan masa depan nanti" time abah cakap macam tu series aku tak faham dan aku just senyum. tak terfikir semua tu tapi sekarang baru aku rasa apa yang abah cakap sebelum ni, sangat lahh penting. sayangggggggg abah :D

kalau yang nak doakan untuk abah boleh?


[penenang jiwa]

seronok laa mama dapat abah yang baik. ehem ehem
yang pun seronok jugak dapat abah yang baik
mama tunggulahh yang dan abah dekat sana.
Insyaallah :)



Older Post . Newer Post
21/10/2011 || 02:53


okay ! duduk tegak tegak . tumpukan perhatian . tarik nafas dan tarikan tangan cepat .


dah banyak kali draft post ni . tak tahu nak tulis apa . bukan tak tahu . sesungguhnya banyak saya nak coretkan . tentang kisah kehidupan saya . seribu macam kisah . tetapi idea untuk meluahkan melalui kata kata belum sampai . belum ada di kotak fikiran saya . masih mencari dan semoga saya jumpa jenis bentuk kata kata yang sesuai untuk meluahkan semuanya .




saya tarik nafas dalam dalam dan saya decide nak tulis ni ;


" saya memang tiada masa untuk cinta monyet , kerana bagi saya cinta itu indah dan suci . dan buat masa ni biar masa tentukan segalanya . saya hanya menjalani semua seadanya . hati saya masih mencari kepastian yang pasti :) "




Aku memang bukan manusia sempurna. tanpa kau melihat betapa ku mencuba jadi yang terbaik untuk dirimu. tapi ku layak dicinta kerana ketulusan. Kini biarlah waktu yang jawab semua. 




percayalah , aku masih cinta :) 



Older Post . Newer Post
SAYA MESTI KUAT.
20/10/2011 || 07:56

Assalamualaikum dan Morning semuaa!!

pagi pagi aku dah ada idea nak cakap. kalau nak ikut dari semalam aku nak update lagi tapi dah tak tergerak kat katil la kan. aku pun tak tawu kenapa semalam malas plus plus. so aku berniat pagi ni mesti update jugak. banyak dalam otak aku ni yang aku nak cakap tapi tak semestinya tertulis kat sini. back.. alahamdulillah, hidup aku sekarang bertambah tambah ceria dengan cutinyaa yang still panjang. cuti ada lagi sebulan woo. haha. so aku memang isi masa dengan rehat laa. rehat puas puas sebelum masuk sem2 nty. aku bersyukur sebab  aku dianugerahkan hidup yang gembira daripada dulu. dulu pun happy tapi sekarang happy plus plus.

aku nak cerita yang tentang sabar. sabar adalah perkara paling besar dalam hidup kita. kalau kita takda istilah sabar, mesti kita tak dapat nak teruskan hidup kita. kadang-kadang aku suka menangis, merengek, yang itu tak kena, yang ini tak kena. tak ingat yang orang kat luar tu lagi teruk pada aku. kadang kadang aku menangis sebab sikap diri aku. orang selalu nampak yang aku tak kuat, perlukan orang semua untuk bantu hidup aku tapi dalam hidup ni mesti kuat untuk diri sendiri. aku mengaku sometime aku memang lemah dengan cabaran dalam hidup. setiap kali aku pandang gambar mama dengan abah, buat aku rasa aku kuat nak meneruskan hidup ini :)

kasih sayang aku pada dia tak perlu kot aku nak cakap "aku sayang kau" tapi setiap kali aku menangis untuk diri dia, aku rasa tu adalah kasih sayang yang ikhlas aku pada dia. siapa tak seronok orang sayangkan diri kita tapi kalau lahh aku dapat simpan semua air mata aku dan kasi dekat dia, mesti dah banyak sangat sangat. sabar dengan telatah manusia sekarang. kadang kadang bila aku fikir balik, buat aku nak tergelak tapi itu lahh realiti. aku bab bab nak tunjuk kasih sayang ni memang aku lemah sebab tah, maybe sebab EGO kot. yalah, perempuan siapa tak tawu. tapi seego-egonya satu hari dia akan hilang jugak. aku tak sampai lagi tahap tu. orang selalu cakap aku ni tak faham ape yang orang rasa tapi aku faham laa. cuma aku tak tunjuk je yang aku sayang kat orang tu, kesian kat orang tu.

memang lahh salah aku tapi faham lahh keadaan aku sama. orang yang ada depan mata and setiap hari hidup dengan aku mesti dorng faham tapi yang kadang kadang yang jarang jumpa ni senang je dorg nak cakapkan. aku kalau boleh nak je cakap "yess, memang aku sayang kau" tapi tak semua yang kita cakap tu dalam hati jugak rasanya sama. biarlahh dalam hati ni simpan 1001 hal pun, maybe bole muat dan ada ruang untuk simpan. haha. untuk menyayangi orang lain bukannya senang. bukan senang kita nak alihkan rasa sayang kita pada orang lain. susah tapi aku cuba sebolehnya. kalau ditakdirkan aku dengan dia, aku terima . maybe tu adalah yang terbaik. aku kuatkan hati untuk yakin apa yang aku buat. kalau semua orang boleh faham apa yang kita rasa, apa yang kita buat, aku rasa hidup didunia ni memang bahagia. takdanyaa salah faham.



aku harap dia faham dengan keadaan aku. tapi mesti takda rasa apa apa kalau dia baca semua ni. aku menagis untuk dia sebab aku sayangkan dia. memang tak cakap sayang dekat dia tapi dalam hati aku, aku sangat sayang dekat dia. satu hari dia akan tawu jugak. byeee 




Older Post . Newer Post
16/10/2011 || 02:26



bukan mudah untuk mengukir senyuman , mencorak tawa ketika hati berbalut duka . namun ini dinamakan kasih sayang , begitu mudah semuanya lahir tanpa perlu memegang watak sebagai seorang pelakon hebat , tiada istilah terpaksa , dipaksa dan memaksa apabila bersama yang tersayang 



Older Post . Newer Post
SAYA GEMBIRA
11/10/2011 || 14:44









Alhamdullilah , kehidupan saya berada dalam lingkungan kegembiraan . terima kasih kepada pemilik mutlak rasa ini, Ya Allah aku bersyukur atas setiap nikmat kegembiraan yang kau kurniakan 



Older Post . Newer Post
KEHIDUPAN :)
02/10/2011 || 17:30


SENDIRI FIKIR LA KAWAN KAWAN (:

Semoga semuanya baik baik sahaja , saya mengharap yang terbaik dan ketenangan serta kelapangan hati menjalani semuanya ♥



Older Post . Newer Post