“life will be better in spring”
06/01/2011 - 07/01/2011 07/01/2011 - 08/01/2011 08/01/2011 - 09/01/2011 09/01/2011 - 10/01/2011 10/01/2011 - 11/01/2011 11/01/2011 - 12/01/2011 12/01/2011 - 01/01/2012 01/01/2012 - 02/01/2012 02/01/2012 - 03/01/2012 03/01/2012 - 04/01/2012 04/01/2012 - 05/01/2012 05/01/2012 - 06/01/2012 06/01/2012 - 07/01/2012 07/01/2012 - 08/01/2012 08/01/2012 - 09/01/2012 09/01/2012 - 10/01/2012 12/01/2012 - 01/01/2013 01/01/2013 - 02/01/2013 02/01/2013 - 03/01/2013 03/01/2013 - 04/01/2013 04/01/2013 - 05/01/2013 06/01/2013 - 07/01/2013 07/01/2013 - 08/01/2013 08/01/2013 - 09/01/2013 09/01/2013 - 10/01/2013

Gelak Versi 2013
24/03/2013 || 20:36

Hollaa!


Gelak versi 1(Comel cantik matured)


Gelak versi 2 (Gigi comel)


Kakak aku weh.


Sya excited dapat camera. Biasa la budak budak gini. Harap faham semua.






Harap calon suami dia sabar dengan keadaan dia macam ni hahahaha.


I love you infinity xoxo.

Nampak tak gambar makanan and bebel pun makin kurang? Itu tandanya aku rindu mereka uhuhu.

Cerita dah lama tapi aku rasa baru semalam keluar dengan dorg ni. Ini namanya rindu. Seronok tiga tiga free haritu. Hehehe. Bila lagi macam ni eh? K bye!

P/s Good luck Uitm-ians yang akan final semua. Best of luck for all my friend. 









Older Post . Newer Post
Tak Perlu Tamak
23/03/2013 || 00:34

Hai semua. Hai handsome. Hai cantik *amboi kywa hai dekat cantik handsome je. Yang lain tak nampak dah* kata hati sendiri. Hai semua ciptaan Tuhan yang terindah semua!

Oh dah lamakan tak update cerita. Yes cerita la sangat, cerita yang bosan tahap 83534428 kali dah. Ok antara sebab sebab utama Kyra nak update sangat blog harini semua nak bagitahu semua yang Kyra bakal jadi maklong lagi! Yay me! Eh kenapa maklong tapi Kyra sendiri tak kawin lagi. Omg takkan adik gua weh. Tak masuk dek akal hahahaha. Ini cousing Kyra yang sulung udeh kawin and dia bakal dapat anak yang kedua. Tahniah along sebab tambah ahli keluarga kita dan dan tak sangka jugak along ni kuat! Dulu malu malu kucing time nak kawin. Hahahah sekarang kemain ye. Dear darwish, awak akan dapat baby so jangan nakal ye baby boy. Muah muah dari maklong *isu anak kena tamak kalau tak tamak anak sikit la hoi* 
Maaf intro ini takde kena mengena langsung zzzz..

Back to topic ye anak murid sekalian. Here we go! Eh yang kau nak semangat sangat ni apasal? Hahahaha. Isu tamak? Tamak bab makan, tamak belajar, itu takpe. Bagi aku tamak makan itu diharuskan, jangan la sampai sumorang rasa annoying dengan ketamakan kau tu kan kan kan? I mean makan berpada pada uolss. Then kalau dalam bab belajar. Yeah kita semua tahu kalau usaha lebih dapat la lebih, carry mark tinggi ke, test bagus ke. Yela siapa nak bagi markah kau tinggi kalau dah asyik nak ponteng manjang. Lecturer tu manusia bukan tunggu kau 24/7 je hari hari. Banyak lagi keje dia nak kena fikir buat semua. Kita yang bersusah payah belajar mesti la dapat yang terbaik. Oh tamak itu sangat bagus!

Tamak yang Kyra maksudkan dari tadi membebel sampai naik pening sangat tu dari segi pakaian. Yeah semua orang tahu sekarang makin banyak online shopping, bazaar and etc. Sebelum beli tu tanya diri sendiri dulu. Mampu beli? Kalau beli nak pakai untuk apa? Nak beli tu keperluan sangat sangat ke nak ikut trend?! Tak tahu la nak cakap kenapa budak si Syakirah ni boleh fikir sampai setahap tu sedangkan kalau tengok muka kecik macam budak sekolah. Pandai pulak dia fikirkan. Yeah mesti la pandai untuk hidup. Kalau beli barang mahal mahal gitu bagi gua makan banyak banyak makin gemukkkkkkk hahahahaha. Kalau boleh berpada pada la. Kalau teringin sangat cuba tahan sikit confirm boleh. Tak percaya try la sebab Kyra dah penah try! Hehehehe.

Maka jadi lah diri sendiri sebab kita *kalau student macam gua* ada masa kita banyak guna duit untuk makan belajar, tapi kalau ada duit lebih untuk planning masa hadapan itu bagus. Tapi kalaulah ada duit pada tangan dan tak sabar untuk shopping sila kurang kurangkan. Ini nasihat pada diri sendiri semua. Insyaallah kita semua dibawah lindungan Tuhan untuk masa sekarang dan masa akan datang. Uhuhuhu.

Rasa dah cukup harini Cik Puan ini berleter sebab dia terlalu geram pada orang yang suka meletakkan diri dalam kesusahan. Senang cerita kalau nak shopping berjuta pun tak kisah tapi bab belajar kedekut nak keluarkan duit. Is not good girl. Ok goodnight and till we meet again. Bye!


Gambar tiada kaitan dengan entry. Again, bye!





Older Post . Newer Post
"Wayang dan Popkong"
08/03/2013 || 20:09

Hai si jejaka tampan dan gadis jelita semua.

Ehehe macam lah ada orang nak bacakan. Dah lama tak nampak sekarang baru muncul? Memang hidup kejap mati kejap hidup eh? Amboi soalan macam nak mintak makan kasut size 5 kan? Hahahaha yla nama pun student kalau tak busy buat kerja last minute, stay up study walaupun quiz and test hari yang sama. Itu perkara biasa la kan. Tapi sebenarnya kalau tengok orang lain start dari awal tapi tapi hm perasaan malas dalam jiwa ni tak dapat nak dipisahkan bagai "wayang dan popkong" *maaf untuk budak budak sekolah tolong jangan bagi ayat macam ni* Nanti cikgu kasi flying kick kang! Hahahahaha. Ok ok main point first ni sebenarnya nak menceritakan betapa sibuknya dan suka buat kerja tangguh tangguh *pity me*

Sebenarnya entry kali khas untuk Siti Aishah binti Abdul Halim. Kawan sejak form 2 sampai sekarang. Hoi lama oi kalau kawin rasanya dah dapat anak dua. Hahahaha sekarang ini masing masing sudah besar dah masuk umur puluhan dah tapi still kecik macam sama. Tak berubah langsung pun dari sekolah cuma makin cantik dari sekolah kot. Kot. Hahahaha masing masing dah ada matlamat hidup mesti la cantik!

Kawan dari sekolah menengan sampailah tukar sekolah teknik sama sama. Oh memang jodoh yang tak dapat nak dipisahkan. Itu la cakap tapi macam "wayang dan popkong" Hahahaha dah masuk sekolah teknik masing masing dah ada matlamat masing masing konon bila dah masuk alam U nanti nak sambung course yang kami ambik dekat teknik. Jodoh kami memang kuat sampai satu tahap kami duduk sebilik, sekatil dan locker pun sebelah sebelah. Kuat betul lah chemistry budak dua orang ni sampai kantoi dengan warden sebab tido satu katil. K warden cakap aku dengan dia "lesbian" Lols. Memang malu tapi itu satu benda yang lawak dan memang tak betul. Amboi orang lain lesbian taknak pulak cakap kan. K k dah jangan emo. 

Dah taktahu nak cakap rindu macam sebab sejak habis spm memang aku takda jodoh nak jumpa dengan dia. Masa tu ada problem sikit dan kami dua ada salah faham sampaikan "hang kata kat aku, aku kata kat hang" Itu loghat Kedah ataupun dalam erti kata lain kami main kat dekat belakang. Zama budak budak mana la tak dengki kalau lebih pada orangkan. Bila dah tua baru tahu apa erti hidup tenang atau kusut. Honestly, aku mintak maaf apa apa yang dah jadi sebelum ni dan halalkan semua makan minum aku dekat hang. Tsktsktsk* kesat air mata.

Dear aishah, walaupun kita jauh, aku tetap sayang hang macam adik aku, dan aku tetap rindukan kenangan kita sama sama dulu. Sekarang mungkin dalam hati masing masing kata maaf, tidak marah lagi tapi kitakan manusia mana tahu satu hari kita akan ada rasa dendam yang dulu *ayat sastera oi* Aku harap hang dapat maafkan salah silap aku dan hiduplah seperti wanita normal yang tenang, bahagia disisi keluarga. Ingat, masa lampau kita takkan pernah hilang selagi aku masih hidup. Suatu hari pasti kita akan seperti dulu lagi. Jangan stress banyak banyak. Biasa la dugaan hidup, ragam manusia and etc. Hang kena kuat sebab aishah yang aku kenal seorang yang kuat! Sampai kita jumpa lagi nanti. Aku rindu aishah yang dulu. Xoxo.

p/s: Sorry tak boleh nak upload gambar sebab usb aku hilang mana taktau la. Sorry :(



Older Post . Newer Post