Rasa rasa macam dah lama tak borak panjang panjang minum
coffee dan makan biscuit kering. Hahahaha. Sebenarnya dah tak tahu nak start
pada mana sebab banyak cerita bila kumpul semua dan nak diceritakan dalam satu
masa. Bagus Syakirah buat lagi kerja tangguh tangguhkan (Y) Hahahaha.
Okay let’s me start with story of 2012. Yes, esok dah tahun
baru. Semua dah tahu pasal tahun baru dan Kedah tak ambik cuti. Dan esok class
aku pukul 8 pagi. Indahnya hidup class start awal dengan tahun baru. Tak
awesome langsung. K. And I’m turning TWENTY.
Yes, twenty okay. Nak cakap sedih tak la jugak. Aku sebenarnya suka bila
dah masuk alam dewasa sebabnya orang akan fikir umur dah meningkat dan budak
ini dah boleh fikir jauh jauh. Hehehehe and I’m happy with that moment. Okay
tutup cerita bab umur tu. Umur dah naik tapi tinggi tak naik nak buat cano?
Hahaha jangan pertikaikan tentang ketinggianku sama sekali. Ayat kalah buku ye
Kyra? Eh eh dah dewasa kan? Ayat pun makin dewasa la :P
Tahun 2012 ada yang special? Biasa je bagi aku sebanya dah
masuk sem4 ni so dah dua tahun jadi student diploma. Benda biasa nak hadap
orang yang macam macam perangai. Bak kata orang Kedah “Macam macam lagu aih
perangai yang ada” Lebih kurang macam tu. Eh eh tadi dah tahu nak start dari
mana dan sekarang bila dah start tulis ni laju kemain. Kalaulah idea banyak
macam ni time buat assignment Oh indahnya hidup! :D
Bila throwback cerita cerita 2012, ada yang lawak and ada
yang sedih. Hehehe biasa hidup. Kalau tak, tak nama hidup la kan? Mesti ada
susah senang. Cerita pahit manis. Tapi kalau cerita kat collage macam banyak
pahit sebab belajar apa yang senang kan? Diri sendiri pun sakit weh bila
belajar benda baru. Hehehe.
Dan sekarang (7.01pm) masih lagi tahun 2012. Masih lagi umur
19 tahun (kira umur tak ikut bulan tapi ikut tahun) hehehe. Dah makin tua makin
boleh berubah secara matang dari semua seluruh hidup. Cara bercakap, cara
bergaul, cara berkawan dan dalam semua cara dalam hidupku. Harus berubah!
Harus! Demi masa depan dan untuk diri yang semakin dewasa dengan rencah hidup
yang pelbagai lagi. See? Ayat taknak kalah buku weh! Lawak Kampun pun guna
bahasa rojak je weh. Hahaha okay then nanti sambung lagi. Bye!