Sudah lama aku tidak menarikan tangan aku dalam tempoh yang lama di atas papan kekunci. Sebelum ini aku update post yang pendek. Namun aku lebih gemar begitu. Pendek tapi bermakna.
Kali ini , saya memilih untuk menulis sesuatu yang panjang sikit. Sesuatu yang sangat bermakna dalam hidup aku yang berkisarkan ibu bapa.
Aku mempunyai 2 orang insan yang terhebat dipinjamkan oleh Ilahi . Kau katakan apa sahaja, aku tahu mereka yang terhebat. Celik dan pejam mata aku pasti mereka yang menjadi tatapan terawal dan terakhir aku ingatan terawal dan terakhir aku.
Jujur, aku sentiasa berharap adik adik aku menjadi yang terbaik dalam kehidupan. Aku bukan anak yang boleh dijulang ke martabat tertinggi seorang anak. Aku sendiri mengusung kelemahan . Namun kelemahan aku dilengkapi mereka . Mereka sentiasa menjadi cermin kepada aku untuk mengharungi aku.
Aku mungkin tidak dapat senyum kembali jika tiada mereka menangis bersama aku, aku mungkin tidak boleh bangun kembali jika mereka tidak jatuh bersama aku, aku mungkin tidak dapat ketawa jika mereka tidak menyambut air mata aku.
Safiza Binti Saad dan Subri Bin Basiron.
Nama itu meniti di bibir aku saban waktu. Dan pastinya sentiasa di dalam doa aku. Terima kasih abah mama :)