I really wonder how you feel on these nights so alone
Kerana Di Dunia ini Ada Pasangannya
25/04/2012 || 22:15
Assalamualaikum.
Kenapa manusia sering mengatakan berdua lebih baik ?
Setiap di dunia pasti ada pasangannya
Setiap di dunia pasti ada gandingannya
Setiap di dunia pasti ada lawannya
Setiap di dunia pasti ada saingannya
Setiap di dunia pasti ada gabungannya
Jelasnya , di dunia ini tiada yang sendiri .
Usah kau bilang kau seorang dan keseorangan
Kerana Sang Pencipta sedia menemani :)
Older Post . Newer Post
21 April 2012
21/04/2012 || 21:04
Assalamualaikum.
Alhamdullilah Alhamdullilah Alhamdullilah .
Masih diberi kesempatan untuk memandang keyboard menarikan tangan di atasnya dan meluahkan apa yang dikandung hati . Anggota badan saling bekerjasama .
Keluarga ? Alhamdullilah , semuanya berada dalam keadaan baik baik sahaja . Setiap saat Kyra bersyukur saya dipinjamkan oleh Sang Pencipta anugerah terindah ini . Tidak mungkin saya boleh bernafas sebaik ini dan menjalani hari tanpa mereka . Keluarga sentiasa yang pertama . Kegembiraan dirai bersama , kesedihan diharungi bersama. Ada hari hari hati diduga dengan masalah yang timbul disebabkan ahli keluarga namun itu lumrah . Laut mana yang tiada ombak , langit mana yang tidak curahkan hujan . Kyra harungi dengan matang dan sentiasa mengharapkan kesabaran bersama diri ini. Alhamdulillah, abah selamat sampai dari tanah suci dari semalam lagi. Kesihatan abah dekat sana untuk menjalani ibadah umrah sihat dan diberi tenaga yang mencukupi tetapi sekarang keadaannya kurang sihat disebabkan berubahan cuaca. Melalui cerita orang yang teah menjalani ibadah umrah, demam dan batuk adalah perkara biasa kerana cuaca yang berbeza. Diharapkan abah sihat nanti. Amin.
Sahabat? Jauh di mata, dekat di hati. Setiap saat juga Kyra bersyukur kerana saya dipinjamkan oleh Allah insan insan yang bersama saya mengharungi hari hari. Kyra rasa Kyra tidak perlu menulis nama mereka di sini kerana sahabat sahabat Kyra tahu siapa mereka dan pastinya Kyra tahu siapa mereka. Terima kasih sahabat sahabat yang menjadi sumber kekuatan kepada Kyra terutama saat saat sukar dalam hidup ini.
Pelajaran? Alhamdullilah. Apa yang Kyra lakukan kini, pengajian di UiTM masih menjadi keutamaan keinginan dan kemahuan Kyra. Namun saya perlu perbaiki segalanya. Disiplin perlu diutamakan, masa perlu dimanfaatkan. Doakan untuk result final Kyra pada sem lepas pada 27 April 2012 ini. Kyra yakin Kyra boleh. Usaha, doa dan tawakal, InsyaAllah .
Persekitaran? Sulit untuk menterjemahkan dengan kata kata. Kyra melalui seribu macam perkara sejak beberapa bulan yang lepas sehingga ada waktu saya terduduk. Perangai manusia yang kadang kala sukar difahami . Hilang kepercayaan kepada manusia. Dan seribu satu lagi perkara yang menuntut Kyra tarik nafas dalam dalam . Kyra akur , dugaan yang Kyra terima itu perlu dilalui dengan sabar redha dan ikhlas . Pastinya, mengajar saya sesuatu .
Kisah hati? Biarlah ia menjadi sebuah cerita menarik untuk masa depan.
Ya Allah , terima kasih untuk kehidupan yang cukup berwarna yang kau pinjamkan kepada ku . Berkati perjalanan ku , pimpin aku ke jalan yang diredhai-Mu . Amin .
Thank you for reading this entry.
Till then.
Love,
Syakirah Ulala
Older Post . Newer Post
Keep Calm And Go!
18/04/2012 || 00:16
Older Post . Newer Post
Ten Things Can Make Me Cheer Up
13/04/2012 || 20:09
Assalamualaikum and Hello handsome boys and pretty girls !
The ten things can make me cheer up is:
- Spending time with family and bestfriends ;')
- Eating
- Talking with my best people
- Receiving card (any event card ! I dont know,I just love it)
- Listening to my favourite songs and dance along :p
- Watching movie (S)
- Shopping
- Photograph-ing
- Sleeping
- Smiling and forgive everyone before I go to sleep.
Maybe one day I will get it.
My favorite food when I was hungry.
And that's me, whether you like it or not. That's what I like ah kan! I'm sure some of you are having the same thing as mine yang buat korang happy right? Hmm Let's hoping and keep praying ♥
Thank you for reading.
Till then.
Love,
Syakirah Ulala.
Older Post . Newer Post
Diri Serta Merta Awesome Bila Ada Kawan Awesome
12/04/2012 || 17:01
Assalamualaikum.
Hai superb Handsome dan Cantik sekalian. *lambai lambai tangan* Again, kita jumpa lagi and again korg nampak Kyra sibuk sibuk tulis lagi cerita time time cuti macam ni. Again and again. Hehe. Sebenarnya Kyra nak post entry sejak 2 jam yang lalu , tapi Kyra bukak kedai kopi kat twitter buat aku distract beborak dengan awek awek gua a.k.a amazing people . Dan sebenarnya lagi belum habis tweet lagi tapi nampaknya twitter tidak mengizinkan dan aku dah kena limit. Agak frust sedikit di situ sebab banyak kali kena limit tak sedar sedar lagi. *sepak diri sendiri*.
Kawan? Mesti dah ramai kawan yang ada dalam dunia. Ish, mana taknya, kawan dari tadika sampai sekarang dah masuk universiti. So, tak kisah la kawan ada berapa juta dalam dunia ini and yang penting sure ramai sangat sangat dan tak terkira. Kalau jumpa pun sure ingat tak ingat tapi yang selalu jumpa tu kalau buat buat tak ingat memang mintak kaki la kan. Eh, lawak je awak. Haha. Tiba tiba rasa umur baru 15 sekarang. Banyak la kau punya tiba tiba, dah 19 okayy. Next year nak masuk zaman PULUHAN dah. I repeat, PULUHAN PULUHAN. Haha.
Back back. Okayy, kalau kita kawan superb best dalam hidup kita sure kita rasa seronok nak kongsi cerita, sedih happy semua kan? Eh eh, nak cari, cari yang betul betul baik dengan kita. Susah nak jumpa sekarang. So, hargai kawan kawan yang ada dengan kita. Mereka adalah ada orang yang awesome sebab membuatkan hidup kita bertambah awesome!
Terima kasih Allah kerana bagi saya kawan baik yang sungguh awesome
I don't have to define the meaning of best friend , all I can do is just giving the evidence.
Till then.
Love,
Syakirah Ulala.
Older Post . Newer Post
My Semester Break
09/04/2012 || 00:35
Assalamualaikum.
Hai semua. Semester break yang entah apa apa. Biasa la kalau cuti, bangun, mandi, makan, movie time, tengok tengok dah petang. Macam itu life Kyra bila cuti. Life orang yang tak ada plan cuti nak buat apa. Main redah je mana yang suka buat. Kalau orang ajak keluar jalan jalan follow ja. Ahh, sangat bosan en en? Orang lain kerja, ambil lesen but me? Hm *jangan merungut sangat* Sebelum abah pergi umrah, dia dah pesan yang kalau nak buat apa apa lepas ni tunggu abah balik dulu sebab senang abah nak ambil and hantar. Me: Saya dah besar la abah* muka merajuk*. Maybe abah ada reason sendiri kenapa dia bagitahu macam tu. Kayy Kayy takmau tanya banyak, macam mintak kaki pulak.
Bersyukur sebab setiap hari abah akan call ke Malaysia even abah jauh dekat sana. Kalau abah tak call mula la nak muncung mulut macam ikan todak sebab abah dah janji yang setiap hari dia akan call. Insyaallah. Alhamdulillah, kesihatan baik untuk melakukan di sana. Super duper happy sangat. Semakin hari semakin selalu minta yang bukan bukan sebab benda tu membuatkan kita teringat tentang masa dulu. Time sekolah rendah yang tak pandai uruskan diri sendiri but abah titew yang tolong buatkan semua tau. How's so sweet. Please be jealous to me. Hehe. Omeyy omeyy.
Bangunlah dan belajar berdiri dia atas tapak kaki sendiri untuk mendapat kejayaan itu sendiri.
Semester break ini juga Kyra rasa banyak mengajar tentang kehidupan di dunia jika tiada orang tersayang disisi. Abah pun jauh dan banyak benda Kyra kena manage masa macam barang dapur, benda yang sepatut Kyra buat setiap hari. Ianya membuatkan Kyra bertambah kuat untuk menjadi manusia di atas muka bumi ini. I love you abah. Thank you to brings me till now.
Thank you for reading this entry.
Till then.
Older Post . Newer Post
2 Things
06/04/2012 || 11:31
Assalamualaikum.
Hai semua. So, how about Friday? Hari penghulu segala hari. Good morning people. Have a nice Friday. Hehe. Mesti ramai yang baru bangun tidur, maklum la cuti, layan movie semuakan. Amboii, kemain lagi. Kyra faham kalau dah cuti memang rest sangat sangat sampai buat kerja apa pun tak bajet masa dah. Pagi pagi yang sejuk dan rasanya kalau oullss ada dalam selimut lagi, sure seronok tidur tapi Kyra rasa ini tanggungjawab yang perlu dilaksanakan pada pagi ini. Niat dihati nak buat dari semalam tapi asyik tersimpan dalam hati je.Okayy, straight to the point boleh tak Kyra? Orang lain baca pun pening kepala. Kayy. Kayy. My bad. *merajuk 2 saat*
2 things? Apa yang dah jadi? Sure ramai orang tertanya tanya. Firstly, Alhamdulillah, abah Kyra dah selamat berangkat pergi ke tanah suci untuk mengerjakan ibadah umrah. Sedih memang sedih tapi itu hajat abah pada tahun ini dan Kyra rasa bersyukur sebab Allah dah menjemput abah pergi sana. Tak sedih sebab abah pergi sana tapi siapa yang nak bagi Kyra senyum time pagi pagi bila bangun? Siapa yang nak gelak gelak kalau lepas dinner? Kayy kayy, tak nak ingat la semua tu yang penting abah selamat pergi dan balik sini. Insyaallah, abah akan pergi sana selamat 16 hari. ehem ehem, tak lama tu, pejam celik, pejam celik nanti balik la kan? hee .
Thanks Buu sebab bagi ini pada Pakcik Subri :)
Hal yang pertama semua orang sudah tahu, jom kita masuk hal kedua pulak. ehehehehe XD
Tak tahu nak mula dari mana sebenarnya. Firstly Kyra nak cakap sorry sebab lambatkan benda ini. Semalam birthday
ShyShy Lullaby dan Happy Birthday to handsome 19teen boy. Whoaa, dah besar, dah tua. segala galanya dah. Haha. Mesti mama bangga anak dia dah tua. Hehe. Kyra tak tahu macam mana nak cakap tapi itu laa. Semoga panjang umur dan murah rezeki. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik. Semoga berjaya dalam kehidpan dan pada masa akan datang. Eh, banyak pulak perkataan "semoga". See, Kyra memang tak se-sweet orang lain tapi itu la yang kyra nak cakap. Hm, my badddd >.<
For him,
Actually, post ni nak di publish dari hari Khamis lagi tapi tak sempat dan asyik kena buat kerja. Maybe awak tak faham situation saya dan awak ingat saya nak sakit hati dan tidak hargai awak. Saya dah penat. One more things, sorry tak wish dekat wall awak sebab saya taknak wish, dan tak salah kalau kita guna cara lain untuk hargai orang yang kita sayang. So, harap harap awak faham apa yang saya sedang buat dan saya harap awak jaga hati saya. I love you.
Dua insan yang terpenting dalam hidup saya telah terjadi dua perkara besar pada tarikh yang sama. Kyra tak akan lupakan segala yang terjadi pada hari tersebut.
Thanks for reading this entry.
Till then.
Older Post . Newer Post
Hi April !
02/04/2012 || 15:32
Assalamualaikum.
Hai April. Hai friends. Hehe. Cepatnya masa berlalu. Dah bulan empat dah. Saya suka bulan 4 tahun 2012 berbanding dengan tahun 2011. 2012 saya dapat membuatkan orang tersenyum dan banyak benda yang mengajar saya untuk buka mata dengan hal dunia kita sekarang. Hal kehiudpan yang diuji dan diberikan kegembiraan. Please April, masa jangan cepat berlalu dengan tiada kenangan yang comel comel.
Dear April, please be nice to me this month. I love you. Alhamdulillah, tahun ini saya tak kena apa apa april fool. Kalau kena tu memang nak marah jugak la . K. K. Tak lawak ouslsss.
Sekarang ramai yang ingat saya sekolah menengah lagi. Eyh. Eyh. I'm 19 years old okayy. Jangan cakap please sekolah menengah . kalau tak percaya see my I/C laa. Ada yang lagi teruk, kawan ibu cakap "awak dapat berapa upsr?" Ish, takkan sampai tahap baru darjah 6? Oh noooooo. Stop talk about my age.
See, sekarang dah ada dekat rumah. senang hati dapat balik rumah dengan selamat. Saya menghabiskan sisa sisa cuti ini tanpa plan nak kerja apa apa. See, budak ini memang mission dia nak tambah lemak je. Dah gemuk k. Hehe. Doakan terbaik untuk hari hari cuti saya akan datang . Aminn.
p/s: Thank you to ShyShy Lullaby yang teman saya sampai saya balik . Awak sabar tunggu walaupun boring. Haha. I gonna miss you and temple run. bhahaha.
Thank you for reading.
Till then.
Older Post . Newer Post