Dekat sini saya menulis apa yang sedang berlaku. Inilah yang sedang berlaku dalam kehidupan saya :) sebenarnya banyak lagi yang sedang berlaku seperti aktiviti aktiviti saya seharian dan yang lain semua tersimpan kemas di dalam hati saya serta dengan cerita di sebalik semua yang terjadi.
Kehidupan adalah bentuk siri pembelajaran yang terbaik untuk kita semua. Bagaimana kita mencorakkannya ? itu terpulang kepada diri sendiri untuk melakar corak samada ia menarik untuk pandangan orang lain atau untuk dirinya sendiri. setiap makhluk mestilah mempunyai versi kehidupannya sendiri. ada yang luaran sentiasa menunjuk kegembiraan dan dalamannya sengsara. sebaliknya, ada luaran yang selalu menunjuk kesedihannya tetapi dalamannya penuh dengan cerita kegembiraan. itu warna dan cerita dalam kehidupan masing-masing.