“life will be better in spring”
06/01/2011 - 07/01/2011 07/01/2011 - 08/01/2011 08/01/2011 - 09/01/2011 09/01/2011 - 10/01/2011 10/01/2011 - 11/01/2011 11/01/2011 - 12/01/2011 12/01/2011 - 01/01/2012 01/01/2012 - 02/01/2012 02/01/2012 - 03/01/2012 03/01/2012 - 04/01/2012 04/01/2012 - 05/01/2012 05/01/2012 - 06/01/2012 06/01/2012 - 07/01/2012 07/01/2012 - 08/01/2012 08/01/2012 - 09/01/2012 09/01/2012 - 10/01/2012 12/01/2012 - 01/01/2013 01/01/2013 - 02/01/2013 02/01/2013 - 03/01/2013 03/01/2013 - 04/01/2013 04/01/2013 - 05/01/2013 06/01/2013 - 07/01/2013 07/01/2013 - 08/01/2013 08/01/2013 - 09/01/2013 09/01/2013 - 10/01/2013

Between Us
27/11/2011 || 22:01

Assalamualaikum

How are you guys? Harap semua okayy dibawah lingkungan rahmat Allah SWT. Kyra rasa tak terlambat lagi kot nak ucapkan Salam Maal Hijrah buat semua islam di setiap pelusuk dunia yang sentiasa berusaha untuk menjadi khalifah yang terbaik kan? haha. korg dah baca doa awal tahun belum? ktorg baca ramai ramai dengan bad , aisyah and shee. eh , btw, shee tu junior aisyah dengan bad , so lepak je dengan ktorg sebelum paper chemistry dia hari selasa kot. hee. Good Luck Shee !! nty cuti datang sini lagi. hee

Sebelum Shee balik, ktorg lepak lepak tasik dulu. bawak shee jalan jalan uitm ni haa. haha . best lahh jugak sampai naik atas pokok dengan aisyah, shee. haha . tapi bad tak naik, dia tanak so dia kena amek gambar ktorg. jom kita tengok gambar gambar tuu. HAHA


teka kaki spe ni ?


Shee's and Aey's


Bad yang comel :)


hot kan Shee's


me !


ini orang panggil GADIS SEMASA



Aey. Shee. Kyra


freedom

Thanks for aisyah, bad, and shee. hari cuti kat sini tak best kalau dorg xde. aku tak tawu macam mana nak hidup time cuti yang kosong je kolej. thank you so much. haha.

Till then.





Older Post . Newer Post
Thank You
24/11/2011 || 13:09

Assalamualaikum


Seindah pelangi di hati ini. Terima kasih Ya Allah kerana menganugerahkan pelangi di dalam hati ku 

Cuaca hari ni berangin seperti semalam. semalam angin sangat sejuk sehingga menisuk tulang sumsum. asyik terkejut je bunyi pintu tutup kuat sebab kena tiup angin. well, roomate pergi keluar lepak-ing, so tinggal saya dalam bilik ni agak seram la jugak. then lampu bilik pulak kejap kejap blackout. spe lahh yang tak takutkan. semua orang kkeluar tunggu depan bilik je. so, kerja aku semalam mendownload semua past year subject sem2 ni je. tu je lahh kerja saya semalam kan. nampak sngat dah bosan sampai tak tawu nak buat apa.

class semua dah start. ada class yang cancel untuk minggu ni. so, cuti 4 hari include hari ni (khamis) sampai la ahad kan. memang agak bosan sebab tak tawu nak buat apa. tunggu next week je nak banyak class pun. takpe , 4 hari tu kjap je, nty habis laa cuti ni *pujuk hati*. haha. 

bersyukur sangat sangat sebab Allah dah bagi aku kesedaran untuk sekarang. untuk berfikir dimana silap yang lepas. target untuk sem ni supaya bertambah baik. Insyaallah. akan dilaksanakan dengan baik. bersyukur jugak sebab dah nampak untuk aim dalam hidup yang tercari cari sebelum ni. harap harap orang yang terdekat dengan saya dapat membantu. :)

Dunia ini bukan milik kita, tidak boleh melangkah tanpa melihat, tidak boleh berbicara tanpa mendengar 



Older Post . Newer Post
Semangat Baru
21/11/2011 || 10:33

Assalamualaikum.


Cuaca hari ini terlalu indah untuk kata-kata. Okay, tapi takpe saya akan cuba jugak cari kata-kata untuk menggambarkan cuaca hari ini. Cuaca hari ini sempurna, pagi yang sejuk serta udara yang segar di bumi Merbok ini. pagi cerah serta kabus di gunung Jerai, tenang je pagi pagi sebelum pergi class seolah olah makan mata untuk hari yang indah, tetapi satu daya yang jarang-jarang dapat dilawan dan apabila bangun haruslah menggagau mencari biskut oat krunch untuk dicicah nescafe panas supaya tidak mengantuk pergi class pagi nty.

Agak lambat mengemaskini blog sebab busy jaln jalan pergi class. Ya, telah menjejakkan kaki ke kampus kini. Di sambut berita gembira di mana saya sebenarnya dapat bilik kolej.

Mari kita calculate pencapaian hari ini. Pertama, terjaga mendengar bunyi alarm pada pukul 6.18 pagi, dan.. MENEKAN SNOOZE LALU TIDUR KEMBALI. 

Kedua, hadir ketiga-tiga kelas yang ditetapkan pada hari pertama tapi lecture cuma masuk dua class. satu class lagi lecture tak masuk sampai naik bosan dah tunggu kat depan class tu.


Dan yang ketiga, saya bersyukur sebab Allah membari peluang untuk meneruskan kehidupan di atas muka bumi ini :)


Ombak pasir itu umpama kehidupan saya. bila air pasang, dia akan kuar berombak di pantai :)

Thank you for reading this entry.

Till then.




Older Post . Newer Post
Cerita Baru Untuk Sem Baru
20/11/2011 || 01:27

Assalamualaikum.

Cepat sungguh masa berlalu. tak rasa macam dah cuti 6 minggu dah pun. saya dah sampai pun uitm ni. tapi sampai agak lewat laa. orang sampai siang, kita sampai malam. memang takda planning betul nak datang sini semua. main redah jaa tak tengok jam. nampak sangat tak semangat. eh, dah laa. tinggal semua cerita sedih luar pagar uitm. mula cerita baru untuk sem baru. hehe. actually, bersyukur sangat sebab sampai sampai je memang bilik dah cantik gilosss. kau hado? haha. roomate aku dah bersih semua, dah letak carpet bagai and memang seronok plus plus, boleh baring baring kat bwh jee. dah macam tak pernak ada carpet pulak kyra ni. to be continue lahh. hee.

Dalam kereta tadi sebelum sampai sini, saya suruh abah bawak slow slow sebab lagi lambat sampai lagi bagus. dan memang sampai lambat sebab jam. sebenarnyaa abah dah berhajat nak pergi umrah dalam bulan 3 tahun depan. sampai dia dok ulang benda yang sama dekat saya. sebagai anak bila ayah dia cakap macam tu mesti dia tersentak and time tu saya rasa nak nangis pun ada. abah nak pergi sana sebab setiap kali solat memang hati dia berat nak pergi sana. harap sangat abah pergi sana. bulan depan abah nak buat visa semua. harap harap Allah mempermudahkan kerja kerja untuk uruskan sebelum dia pergi umrah. dalam hati rasa berat hati nak kasi abah pergi tapi tu dah keinginan abah. abah cakap boleh abah doa dekat sana untuk anak abah. yang akan doakan abah :)


Dah siap semua agkat barang tadi, saya relax relax dulu dalam kereta, buat apa yang patut. sebab macam pukul 8.30 pm tu still awal laa. time angkat barang tu lahh moment paling tak best. aku rasa macam nak patah lutut aku ni haa. banyak sangat barang kot. nanti kena bawak balik sikit. terasa terlebih bawak tapi tu laa perempuan. tudung dah separuh beg so takda hal la kalau banyak pun kan. hee. sampaikan orang cakap aku ni nak bukak kedai runcit sebab banyak sangat barang. serius tu semua barang yang perlu. abaikan barang tu and sekarang dah kemas dah pun . tilam pun dah cantik sebab letak cadar lawa gituu . cing cing !! hehe.

okayy, dah rajin pulak aku nak cerita. hari ni memang best, dah main main merajuk then abah pujuk. memang saya takkan lupa moment tu. sekarang baru sudah gosip gosip dengan nisaa and farah. ohh, kesian dengar cerita mds dorg, takpe , sekali seumur hidup je pun. hee.

dah start dah rasa kaki macam nak patah je, macam mana lahh ayah kita drive setiap hari nak bawak kita pg mana mana, esti lagi sakit. okayy, homesick. byee 


p/s: soryy entry ni takda gambar sebab tak amek pun gambar hari ni . maaf yaa semua putera puteri kuu . hee


thank you for reading this entry !


till then.




Older Post . Newer Post
Hello
19/11/2011 || 02:19

Assalamualaikum

[ Barang barang penting yang perlu bawa ]

Hello classes, quizzes, tests, assignments, presentations. Hello Merbok :)

[ tak dapat main macam selalu dah ]

Anyone can make you happy by doing something special, but only someone special can make you happy without doing anything.

semangat baru untuk semester dua :)

till then :)




Older Post . Newer Post
Situasi
17/11/2011 || 17:59


Allah itu kan Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Diberinya kemudahan untuk keluar dari satu situasi. Dibukakan mata dipalingkan hati. :)



Older Post . Newer Post
Sedang Berlaku
|| 00:01

Assalamualaikum

Dekat sini saya menulis apa yang sedang berlaku. Inilah yang sedang berlaku dalam kehidupan saya :) sebenarnya banyak lagi yang sedang berlaku seperti aktiviti aktiviti saya seharian dan yang lain semua tersimpan kemas di dalam hati saya serta dengan cerita di sebalik semua yang terjadi.


Kehidupan adalah bentuk siri pembelajaran yang terbaik untuk kita semua. Bagaimana kita mencorakkannya ? itu terpulang kepada diri sendiri untuk melakar corak samada ia menarik untuk pandangan orang lain atau untuk dirinya sendiri. setiap makhluk mestilah mempunyai versi kehidupannya sendiri. ada yang luaran sentiasa menunjuk kegembiraan dan dalamannya sengsara. sebaliknya, ada luaran yang selalu menunjuk kesedihannya tetapi dalamannya penuh dengan cerita kegembiraan. itu warna dan cerita dalam kehidupan masing-masing.

thank you for reading this entry.

till then.



Older Post . Newer Post
Kita Jumpa Di Kampus Nanti
16/11/2011 || 12:41

Perasan tak setiap kali cuti semester, kau akan keluar dengan orang yang sama dan takkan jumpa sahabat handai yang kongsi gam , kongsi payung , kongsi pembaris dalam class :'( . Dan hanya jumpa sahabat yang berdekatan dengan rumah kita . *sorry, emo pulak* Sigh.


TIDAK! CUTI SEMESTER IS COMING TO AN END! Tapi yang lebih TIDAK! lagi ialah fakta yang menyatakan, jikalau mengikut tahun dan bukan mengikut bulan, lagi 47 hari lagi nak masuk tahun 2012, umur saya akan semakin bertambah. Rasa macam baru minggu lepas saya tiup lilin 7batang (maksud daku, umur 7 tahun, bukan 11 tahun di mana malas nak cari 11 batang lilin, guna sahaja 1 lilin campur 1 lilin jadi 11, wah panjang betul penerangan macam nak minta markah dekat examiner untuk final paper last sem gituu. okayy hiperbola semata mata. haha)

UMUR DAH JADI 19 NANTI TAPI ORANGNYA TAK TINGGI MANA LAGI . WUU


p/s: good luck untuk student second intake hari ni yang masuk ke uitm. enjoy dengan mds. memory mds sebenarnya best kalau difikirkan balik :) rasa macam baru masuk sekolah. hehe

untuk classmate saya, kita jumpa dalam class first nty eh. tak sabar dah nak jumpa korg ni. memang excited nak gosip gosip macam dulu, gelak sama sama. haha.

thank you for reading this entry.

till then.




Older Post . Newer Post
Bibir Cantikkk !
14/11/2011 || 12:24

Assamualaikum,

Kali ni entry nak cerita pasal zaman dulu dulu. bole tak? nak cerita zaman muda gituu. haha. jom jom kita baca ceritanyaa :) have fun !

Budak perempuan semua mengalami masalah sama. Tak sabar nak dewasa nak pakai make up, nak pakai high heels, nak melawa. Selalunya budak perempuan range nak masuk sekolah menengah, sampai yang dah masuk sekolah menengah atas yang lalui perkara ni. I guess it’s normal, sebab masa dulu saya pun begitu. Zaman muda-muda dulu teringin ada meja make up. Sebab beli mainan alatan make up dekat kedai runcit mana-mana. Pastu ada hairdryer kecil warna pink tau, ada tempat letak bateri. Sukalah kan bila ada tempat letak bateri, nanti boleh ON keringkan rambut konon-konon. Rupanya bateri itu untuk lampu lip lap dia je. Saya nak hairdryer bukan lampu lip lap bentuk pengering rambut. Yelah tapi harga RM20.00 punya mainan what do you expect. LOL. Lepas tuh meja mekap buat sendiri. Dulu, meja study kita yang ada corak ABC gituu. haha. bajet macam datin sikit sebab ada meja makeup gituu. haha . imiginasi tinggi betul la budak ni. haha. tak kisah lahh meja tu guna untuk apa janji saya dapat main. memang dah happy dapat sepahkan barang semua :)

Cuba teka apa langkah seterusnya. Mesti ramai perempuan buat ini juga, cepat angguk kepala. hehe. so nanti boleh pergi tandas, buat-buat pakai lip balm. Walaupun bibir tak kering. It’s the act of putting on something on your face that matters. Comel kan?


Siapa dulu guna lip balm jugak ? cepat sep sikit *gimme five*!


Memandangkan bibir saya selalu kering, then selalu mengelupaskan so saya mintak kepada abah saya belikan lip balm. dulu selalu jugak kena marah dengan kawan kawan sebab kadang kadang bibir sampai berdarah then kalau ambil gambar nampak ada kesan kesan merah. haih, tak cantik lahh nanti gambarkan. and sampai sekarang mana saya pergi, saya akan bawak lip balm saya. biar lahh orang cakap budak sekolah ke apa, janji saya selesa apa yang saya buat. yeay! 

Haha . seriously dah macam ape lagi. tengok orang cantik, kita pun mesti nak cantik jugakkan. fitrah hidup manusia semua tu dan jangan lupa, Allah suka pada benda yang cantik :)

thank you for reading this entry.

till then.



Older Post . Newer Post
Why I am Still Awake
13/11/2011 || 18:08


Sometimes it takes being away from someone for a while to realize how much I really need them in my life.

We may not always have a good beginning. But it's our choice to make a happy or horrible ending.

thank you for reading this entry.

till then



Older Post . Newer Post
10/11/2011 || 02:05


Believe in yourself. You are braver than you believe, stronger than you seem, smarter than you think, and loved more than you know :)

The most difficult phase of your life is not when no one understands you; it's when you don't understand yourself.

Always remember to look up when things get you down, keep your head up and think positive.



Older Post . Newer Post
Jangan Berundur Sebelum Melangkah
09/11/2011 || 17:32


melangkah dengan penuh keyakinan demi masa depan


Tarik nafas panjang panjang . senyum lebar lebar . itu cara saya untuk menerima sesuatu yang mungkin memberi sedikit atau memang memberi tekanan kepada saya . ya , saya telah membuat keputusan untuk meneruskan perjuangan saya di Uitm untuk sem2 ni . secara jujurnya , ini memang pilihan pertama saya untuk menyambung pengajian setelah mendapat keputusan SPM . namun sudah menjadi lumrah . keadaan sekeliling telah menimbulkan kegusaran dan keraguan di hati . kebanyakkan memberi pendapat course yang saya ambil susah , nak dapat kerja pun sukar nanti dan macam macam lagi yang menjadi habuan telinga saya untuk mendengarnya . saya tidak mempunyai keyakinan .



Tetapi saya tahu saya perlu yakin dengan apa saya buat , apa yang sedang saya buat dan akan saya buat . ini apa yang saya mahu jadi saya perlu kuat untuk mengharungi segala ombak ribut petir yang ada . saya berpendapat semua di atas muka bumi ini akan menjadi susah jika kita sendiri tidak menyenangkannya . saya nekad untuk berada di Uitm lagi . saya hanya ada lima sem sebelum grad sebagai seorang diploma . dua tahun setengah untuk mendapat apa yang saya mahu , mengukir kebanggaan di hati abah dan mama . ini merupakan titik tolak dalam kehidupan saya . hanya satu kesilapan , semuanya akan punah . saya harap itu tidak akan terjadi . InsyaAllah , saya pasti akan mencuba dan melakukan sehabis baik dalam meneruskan pengajian ini . saya berharap semuanya berjalan lancar dan berada dalam keadaan yang masih boleh saya kawal . kita sama sama doa :)


p/s : Kepada rakan rakan saya , semoga kalian berada dalam keadaan baik di mana saja pun kalian belajar . yang penting kita . diri kita . bukan yang lain :)



Older Post . Newer Post
|| 14:02

ESOK KUAR RESULT!

Katanya dalam pukul 9pagi, tolong doakan keputusan saya. sangat-sangat gementar weh! :p



Older Post . Newer Post
Six Ways To Earn Even After Death
07/11/2011 || 23:47

Assalamualaikum

I got an interesting little knowledge to share with you guys. Thought it might be beneficial for us as muslim kan? Maybe some of you have already read about this, well it doesn't matter :) Kalau yang dah tahu, anggaplah ia sebagai reminder, dan kalau yang belum tahu, anggaplah ia sebagai ilmu. Selamat beramal :) 

Six easy ways to earn even after death 

Sebenarnya ada banyak lagi cara lain. This is just some part of it :) Semoga kita sama-sama mendapat kebaikan daripada ilmu yang disampaikan ini. 

Thank you for reading this entry !



Older Post . Newer Post
NURSYAKIRAH SUBRI :)
06/11/2011 || 02:20

Apa khabar penghirup oksigen semua?


Selamat hari raya aidiladha  

 Ya Allah, pada Mu ku bermohon agar kelapangan dan kegembiraan ini sentiasa ada dalam hati ini.

Semoga kita sama sama mendapat keredhaan Allah di dunia dan di akhirat. Amin .

Kini saya melalui hari dengan senyuman dan saya mengharap yang terbaik untuk semuanya :)



Older Post . Newer Post
SEMANGAT UNTUK HATI
05/11/2011 || 02:04

Assalamualaikum and wie geht es lhnen :)

Semoga kita berada dalam lingkungan rahmat Allah SWT. aminn. saya jugak still lagi bercuti untuk sem1 ni. semua dalam keadaan sihat dan Dia menguji aku dengan segala cabaran dan mampu untuk atasi. insyaallah. syukur sangat sebab result final exam pun dah keluar pada pagi tadi tapi saya check result lambat pada kawan kawan saya sebab saya takutt. siapa sehh yang tak takut dengan result sendiri, final tu, dah rasa mcm nak ambil result spm gituu. hee. ape pun, alhamdulillah, Dia sekali lagi memberi ujian dan kegembiraan kepada hambaNya.


I have to improve in my study.

Untuk kawan kawan KCS110 1C, tahniah yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam final exam semester satu ni. sama sama kita imprive untuk sem akan datang. anything can happen for next sem so jangan give up, teruskan usaha. kita usaha sama sama. insyaallah :)


‎"I FAILED in some subject in exam, but my friend PASSED in all.
Now he is an engineer in Microsoft and I am the owner of Microsoft." -By Bill Gates-


To abah and mama: terima kasih kerana menjadi sahabat dan pemberi motivasi kepada saya. walaupun kita jauh tetapi semangat untuk terus belajar still kuat untuk mama dah abah.terima kasih sebab selalu mendoakan kejayaan kepada saya dan sentiasa ada dibelakang saya walau apa pun keadaan yang berlaku.

To my lecture: Madam Ida, Miss Niza, Miss Hidayah, Cikgu Syahrin yang banyak tolong saya untuk subject sem satu ini. tak lupa jugak kepada Ustaz Nizam , untuk lecture agama. terima kasih semuaaa :)

To my friends: Thank you guys sebab selama ni bagi saya semangat, jaga saya, tegur saya, gelak dengan saya , nangis dengan saya. tidur dengan saya, makan dengan saya, lepak dengan saya, saya outing dengan saya, solat dengan saya, puasa dengan saya, hiburkan saya, ajar saya, nyanyi untuk saya. I love guys:)

Esok 9 Zulhijjah iaitu hari Arafah, jom puasa semuaaaaa :D
dan esoknyaa kita akan raya so jangan lahh puasa hari tersebut tapi kita merayakan eidul 'Adha. Insyaallah :)

Thanks for everythings.






Older Post . Newer Post
04/11/2011 || 01:59

Assalamualaikum. wie geht es lhnen :)


Malam ni rasa tergerak hati nak update blog aku yang berhabuk ni haa. haritu ada la kemas kemas sikit tapi hari ni harus jugak update sebab aku dah rindu nak pulak nak menaip. haha. okayy, hari ni dah 4 Novenber 2011. cepat sungguh masa berlalu, dan lagi dua minggu lagi aku dah nak sambung study lagi. mula la kerja aku pergi kelas then balik kelas. itu lahh kerja aku. hehe. tapi seronok! hari ni hari yang bersejarah jugak dalam hidup aku sebab hari ni result exam final untuk part1 aku dah keluar so semua orang pakat dok excited nak tengok ni haa. aku rasa portal sah sah jam tapi ada yang cakap dorg ada hantar dekan email. sampai sekarang (1.51 a.m) pun takda lagi emailnyaa. haiyaa. ni buat lagi takut ni. hanya mampu berdoa atas semuanyaa dapat keputusan yang cemerlang kali ini. aminn :)

dalam dua tiga hari ni banyak benda yang berlaku dalam hidup aku. perkara yang mengajar untuk aku untuk masa hadapan, perkara yang mengajar aku untuk lebih tabah , sabar dan kuat, pengalaman juga yang mengajar erti pengorbanan dalam hidup seseorang. walaupun tiga hari semua ini berlaku, sampai sekarang aku still lagi berfikir sampai bila hidup ini harus dicorakkan dengan warna warna agar dia kelihatan segar cantik apabila diingatkan pada suatu hari nanti.

p/s warnakan kehidupan kita dengan warna warna yang berkualiti dan cantik agar menjadi sebuah kenangan yang besar dalam kehidupan kita suatu hari nanti :)

doakan saya mendapat keputusan yang cemerlang. Insyaallah :D








Older Post . Newer Post