“life will be better in spring”
06/01/2011 - 07/01/2011 07/01/2011 - 08/01/2011 08/01/2011 - 09/01/2011 09/01/2011 - 10/01/2011 10/01/2011 - 11/01/2011 11/01/2011 - 12/01/2011 12/01/2011 - 01/01/2012 01/01/2012 - 02/01/2012 02/01/2012 - 03/01/2012 03/01/2012 - 04/01/2012 04/01/2012 - 05/01/2012 05/01/2012 - 06/01/2012 06/01/2012 - 07/01/2012 07/01/2012 - 08/01/2012 08/01/2012 - 09/01/2012 09/01/2012 - 10/01/2012 12/01/2012 - 01/01/2013 01/01/2013 - 02/01/2013 02/01/2013 - 03/01/2013 03/01/2013 - 04/01/2013 04/01/2013 - 05/01/2013 06/01/2013 - 07/01/2013 07/01/2013 - 08/01/2013 08/01/2013 - 09/01/2013 09/01/2013 - 10/01/2013

MALAM NISFU SYAABAN , MALAM KEAMPUNAN.
15/07/2011 || 19:08

Kelebihan Malam Nisfu Syaaban

Pejam celik pejam celik kita dah pun menghampiri pertengahan Syaaban kan? Tak lama lagi Ramadhan! wahhh kejapnya masa berlalu... Seperti yang kita semua tahu, 2 bulan terakhir sebelum Ramadhan ni adalah bulan di mana kita boleh perbanyakkan Ibadah, bulan di mana kita boleh pertingkatkan amalan. Selain puasa, bersedekah kita juga boleh memanfaatkannya dengan menyambut malam Lailatul Qadar dan Nisfu Syaaban.


Israk Mikraj dah lepas iaitu di bulan Rejab, akan datang pada malam ini adalah merupakan Malam Nisfu Syaaban. Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Bukan Ahmad Nisfu ye..;D Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam 15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban. Bermakna tahun ini jatuh pada malam ini iaitu siangnya 14 Syaaban, dan menjelang malamnya masuk waktu Maghrib adalah 15 Syaaban... faham anak-anak??? bagus.....


Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. 
"Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."
Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)


Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
1Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah.
2)Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah


 1) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah.
2) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah.
3)Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman.
  • Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)
harap harap dapat puasa la sebab demam ni . ttbe je demam. orang balik rumah lepas rindu , kyra makin demam. haha. tak ke pelik tu :)

Ingat korang, sebaik masuk je waktu Maghrib esok buku catatan amalan korang akan diganti dengan yang baru. Dan amalan yang akan korang lakukan pada waktu tersebut tu lah akan jadi amalan pertama yang dicatatkan. So, korang pilih masa tu korang nak buat apa? Pastikan ianya adalah perkara yang bermanfaat dan membawa kebaikan.. oke?;)

Renung-renungkan dan selamat beramal!!
Wassalam :)










Older Post . Newer Post